Program pembelajaran terancang yang bertujuan mengukuhkan asas akademik pelajar. Program ini memberi fokus kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira serta membina keyakinan dan disiplin belajar pelajar murid-murid.
Program akademik berfokus peperiksaan yang membantu pelajar menguasai kandungan subjek dan meningkatkan prestasi dalam pentaksiran sekolah dan peperiksaan kebangsaan. Penekanan diberikan kepada pemahaman konsep, teknik menjawab dan pengurusan masa.
Program istimewa yang dikendalikan oleh pendidik berpengalaman, Teacher Lau. Direka untuk mengukuhkan pemahaman konsep, meningkatkan keyakinan menyelesaikan masalah dan mempersiap pelajar untuk peperiksaan.
Kursus Berstruktur Yang Membantu Pelajar Menguasai 4 Kemahiran
Bahasa Inggeris (Listening, Speaking, Reading & Writing) Berserta
Grammar, Vocabulary & Pronunciation.
Kursus lanjutan untuk mempersiapkan pelajar ke IPTA/IPTS melalui Kemahiran Komunikasi, penulisan akademik, pembacaan kritikal dan pembentangan.
Program persediaan berfokus peperiksaan merangkumi semua komponen MUET: Listening, Speaking, Reading & Writing.
Sesi khas yang dijalankan sepanjang tahun meliputi motivasi, teknik menjawab, pengukuhan subjek dan pembangunan Sahsiah Pelajar
Hantar pertanyaan anda kepada kami untuk bantuan pantas, maklumat lanjut, atau panduan memilih program yang terbaik.